Wednesday, 1 January 2020

SAINS TEKNOLOGI


    Selamat Datang ke Blog Nilai Masyarakat

(SAINS TEKNOLOGI)



Image result for sains teknologi




PENGENALAN AHLI KUMPULAN


AHLI 1














NAMA            : SATIESHWARAN A/L PARASOORAMAN
JABATAN       : KEJURUTERAAN AWAM
KELAS           : DKA2C
NO. MATRIK : 16DKA19F1108




AHLI 2














NAMA            : PAVAHLAN A/L GUNASAGAR
JABATAN       : KEJURUTERAAN AWAM
KELAS           : DKA2A
NO. MATRIK : 16DKA19F1167


AHLI 3














NAMA            : ABASSH A/L VELOO
JABATAN      : KEJURUTERAAN AWAM
KELAS           : DKA2C
NO. MATRIK : 16DKA19F1172




PENGENALAN SAINS & TEKNOLOGI


          Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science. Sains dari bahasa Latin ” scientia ” yang bermaksud pengetahuan manakala dalam bahasa Arab pula ialah Al-Ilm yang bererti tahu. Berdasarkan web new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik.

        Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat diperoleh daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang struktur dan perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Sains dari aspek istilah ialah suatu ilmu yang dihasilkan secara cerapan (analisis dengan menggunakan pancaindera) dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semula jadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur.    


        Teknologi dari segi bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología). (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.


Image result for faktor sains teknologi


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA SAINS TEKNOLOGI NEGARA KITA.


1.Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial

Sains dann teknologi diberikan keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber sains dan teknologi akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

2. Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan Dasar-Dasar lain

Dasar sains dan teknologi akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

3. Peningkatan Perkhidmatan Saintifik

Perkhidmatan sains dan teknologi di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan Teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbang kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

4. Berdikari

Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran sains dan teknologi supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan sains dan teknologi negara-negara maju.

5. Tenaga Manusia

Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi sains dan teknologi serta juga menjamin supaya tenaga Teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

6. Peranan sektor Swasta

Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jetera sains dan teknologi sektor awam untuk memenuhi keperluan p&p mereka.

7. Pemindahan Teknologi

Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisme perlu ditubuhkan untuk mengaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.



STATISTIK 


(Sumber : http://blog.malaysia-asia.my/2015/03/malaysia-social-media-statistics-2014.html).

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK BUDAYA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN  GENERASI MUDA


  • Ibubapa

Cara-cara untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan.    Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan teknologi” kepada anak-anak.  Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan.  Tujuannya adalah untuk menanam minat anak- anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi.  Bagi anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan.


  • Pihak Sekolah 

Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari.  Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar.  Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut.  Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).  Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi.  Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja.

  • Guru

Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.  Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa.  Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. 

  • Institusi Pengajian Tinggi

Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi.  Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi. 

  • Kerajaan

Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa.  Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu.  Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah.  Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

PENUTUP


Kemajuan teknologi adalah sesuatu yang tidak dapat kita hindari dalam kehidupan ini, karena kemajuan teknologi akan berjalan sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan.Perkembangan teknologi sangat diperlukan. Setiap inovasi diciptakan untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia. Ia memberikan banyak kemudahan seperti,  penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini dalam masa yang singkat.  Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan. Selain itu dalam bidang teknologi, masyarakat sudah menikmati banyak manfaat yang dibawa oleh inovasi-inovasi yang telah dihasilkan pada zaman sekarang. Namun manusia tidak bisa menipu diri sendiri akan kenyataan bahawa teknologi mendatangkan berbagai efek negatif bagi manusia. Oleh kerana itu, untuk mencegah atau mengurangi akibat negatif kemajuan teknologi, kita perlu menggunakannya dengan penggunaan yang berfaedah kepada diri sendiri. Dengan adanya kesedaran sedemikian, budaya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat akan mencapai matlamatnya.

PANDANGAN 


Kami sebagai pelajar PTSB berpendapat sains and teknologi amat penting kepada generasi muda dan semua rakyat negara kita pada zaman sekarang.Teknologi and sains memudah perjalanan hidup dalam sesuatu perkara seperti pengangkutan , perhubungan dan juga peralatan seperti telefon bimbit , komputer riba dan lain-lain lagi.Oleh itu, peralatan ini sangat membantu dalam kehidupan manusia jika kita tidak menyalahgunakannya.Intijahnya ,kita perlu menggunakan sains and teknologi dengan cara yang betul dan mendapat kebaikan dalam kehidupan manusia sehari.Tidak hairanlah jika kita mengatakan bahawa tanpa sains dan teknologi sesuatu negara tidak akan menuju ke arah yang maju.


RUJUKAN


https://mastic.mestecc.gov.my/ms/kajian-sti/laporan-petunjuk-sains-dan-teknologi-malaysia
http://thebobodoll.blogspot.com/2010/07/1-penyalahgunaan-teknologi-internet-di.html
https://www.academia.edu/8781670/PENGAJIAN_AM_900_3_Sains_dan_Teknologi
http://www.myhealth.gov.my/37298/

2 comments:

SAINS TEKNOLOGI

    Selamat Datang ke Blog Nilai Masyarakat (SAINS TEKNOLOGI)                                 PENGENALAN AHLI KUM...